Apa yang saya pelajari selama seminggu ini

1. Jangan sesekali cuba cari perubahan trend. Biarkan trend berubah sendiri.
2. Jangan sesekali masuk apabila trend sudah tinggi/jauh dari permulaan trend. Tunggu sahaja trend yang berikutnya.
3. Jangan masuk market buat kali kedua di dalam sesuatu trend
4. Jaga margin anda. Biar untung USD 1 sehari tapi akhir bulan untung USD 1000.
5. Terima kerugian anda (cut loss) tetapi jangan simpan kerugian anda (float)
6. Masuk market hanya di permulaan trend sahaja.
7. Mainlah 10% daripada margin anda.
8. Kalau loss, salahkan diri sendiri.

Ini adalah pendapat peribadi dan hasil dari bacaan dari traders yang lain. Mungkin anda ada cara yang lebih berkesan dari ini. Kalau ada silalah kongsi dengan saya. Mana tau saya dapat nombor satu untuk bulan ini. (hahaha... maaf kkchat. bukan saya nak take over posisi anda cuma impian sahaja)
Traducir a inglés Mostrar original