A. APA ITU EMAS ??
Ayah saya menyertai pelaburan emas dan sering mengadu harga emas selalu turun. Emas sebenarnya ialah suatu komoditi yang tidak luntur ditelan zaman. Walau tertanam beribu-ribu tahun sekalipun, emas tetap berkilau. Tidak ada negara yang mata wangnya tidak tertakluk kepada turun naik nilai emas, termasuklah Malaysia semasa krisis tahun 1997 dan 1998 yang mana mata wang kita
dikatakan menjadi bahan spekulator dan pernah jatuh ke paras serendah RM4.50 untuk 1 USD.
Mata wang dunia tidak lagi disokong oleh emas dan negara seperti Amerika didapati boleh mengeluarkan seberapa banyak wang sesuka hati mereka. Sekian lama mata wang dolar Amerika digunakan untuk segala-galanya daripada rizab negara kepada dagangan dunia. Boleh dikatakan tidak ada urusan yang tidak lepas daripada dolar Amerika sehinggalah Kesatuan Eropah menghasilkan Euro yang menjadi pencabar kepada kedudukan
dolar Amerika. Apabila berlaku krisis ekonomi pada tahun 2008 yang berpunca di Amerika, dolar terus tertekan kedudukannya selaku mata wang utama. Tambahan pula negara seperti China yang banyak membeli Bil Perbendaharaan Amerika Syarikat merasa bimbang mengenai penurunan nilai dolar dan menyarankan penggunaan mata wang alternatif untuk perdagangan.
Pada waktu sama China juga mengajak negara-negara Asia Barat mengubah haluan menggunakan mata wang lain selain dolar Amerika.Suasana begini dicampur dengan defisit kerajaan Amerika yang berjumlah trilion dolar menyebabkan ramai orang membeli emas selaku pelindung atau insuran. Mereka yang mengambil langkah perlindungan ini bukan saja orang individu tetapi juga negara. Bank Negara India telah membeli 200 tan emas dari Dana Kewangan Antarabangsa (IMF) dan ia telah melonjakkan harga emas pada hari itu.
Bagaimanapun mereka yang ingin membeli emas patut melihat pembeliannya untuk disimpan selama 365 hari. Bukan untuk dijual minggu depan atau bulan depan kerana dengan mengambil sikap demikian segala turun naik harga dapat diatasi.
Kalau emas tidak penting mengapa kerajaan India membeli sehingga 200 tan emas untuk simpanan mereka?
Kebimbangan akan kejatuhan nilai matawang dolar Amerika dan kemungkinan pemulihan mungkin akan mengambil masa lebih lama daripada dijangkakan kerana pengangguran di US hampir mencecah 10 peratus dan masalah yang membelenggu sektor perumahan belum dapat diatasi lagi.
Kerajaan China juga menasihatkan rakyatnya menyimpan 5 peratus daripada wang simpanan mereka dalam bentuk emas dan ini bakal menaikkan lagi harga emas.Kita ingat semasa zaman ramai pelarian meninggalkan negara asal mereka seperti semasa perang Vietnam. Mereka yang lari daripada Kemboja membawa bersama emas dan apabila sampai di sini mereka menggunakan emas tersebut untuk memulakan perniagaan dan hidup baru.
Contohnya di kawasan Kota Tinggi, Johor, Malaysia. Ramai orang Kemboja yang memiliki perniagaan seperti barang kemas dan perniagaan kain. Emas diterima di mana-mana tidak kira di negara mana sekalipun, emas tetap emas.
Seperti yang pernah dinyatakan dahulu, emas boleh dibeli secara buku pas dan secara syiling atau keping (wafer) dari bank-bank perdagangan. Selain itu, barang kemas juga suatu pelaburan dalam “bentuk emas” walaupun ketulenan emas pada barang kemas adalah rendah daripada emas keping iaitu
91.6 peratus bagi barang kemas dan 99.99 bagi syiling dan emas keping.
Bagi Bursa Malaysia pula, mungkin Dana Dagangan Bursa Emas (Gold Exchange Traded Fund) mungkin boleh difikirkan selaku salah suatu tawaran di bursa kita.
Dengan adanya ETF Emas ini dapatlah lebih ramai pelabur melabur dalam emas dengan modal yang lebih rendah.
DATO’ SALLEH MAJID ialah bekas Presiden Bursa Saham Kuala Lumpur (kini Bursa Malaysia)
B. Faktor2 yang mempengaruhi harga emas?
Secara umumnya faktor-faktor yang menyebabkan berlakunya turun naik harga emas antaranya ialah :
1. Penyusutan nilai dolar Amerika. Apabila nilai dolar Amerika susut harga emas akan naik, apabila dolar Amerika stabil harga emas akan susut. Emas bertindak sebagai pelindung nilai menentang dolar Amerika. Kalau sebelum-sebelum ini dolar Amerika lemah dan menunjukkan tanda-tanda akan menjadi lebih lemah. Dan….ada juga ura-ura negara Asia Barat dan China akan menggunakan mata wang lain selain dollar Amerika disebabkan kelemahan dolar Amerika ini. Walaupun peralihan kepada mata wang selain dolar Amerika (euro misalnya atau mata wang bentuk baru) bukan sesuatu yang boleh berlaku dengan segera, berita itu telah cukup untuk melonjakkan harga emas dunia sebelum ini. Oleh itu, emas berkadar songsang dengan matawang Amerika.
2. Harga emas akan naik selari dengan kadar inflasi. Apabila inflasi naik, harga emas akan naik selaras dengan inflasi.
Dalam keadaan negara-negara di dunia termasuk kuasa-kuasa ekonomi besar menyuntik pakej rangsangan ekonomi dengan besar seperti AS$787 bilion pakej rangsangan US kesannya ialah peningkatan inflasi. Amerika hanya mencetak duitnya sesuka hati dan ini akan menyebabkan nilai duitnya akan turun.
3. Kenaikan harga petroleum akan menyebabkan harga emas naik selari dengan kenaikan kos penghasilan dan penghantaran barangan.
Masalahnya di sini, kalau anda lihat pada ketika ini sedang berlakunya pengukuhan semula matawang US dollar, jadi tidak hairanlah harga emas
jatuh menjunam sekarang disebabkan harga emas memang bergerak songsang dengan US dollar. Persoalannya, harga emas akan jatuh sampai paras berapa dan sampai bila?
Antara faktor-faktor yang memberikan nilai tambah kepada pengukuhan matawang US dollar sekarang ialah :
1. Penjualan oleh dana lindung nilai untuk mendapat tunai bagi menampung kerugian di pasaran lain.
2. Ketidaktentuan terhadap daya tarikan emas sebagai instrumen pelaburan selamat
Tetapi walaubagaimanapun, kepada penggemar koleksi emas yang beli pada harga mahal sebelum harga emas jatuh, janganlah kecewa. Sebab….untuk jangka panjang, emas dan perak masih memiliki nilainya yang tersendiri dan harganya akan meningkat dalam tempoh akan datang. Dari sudut teknikal, emas masih belum memasuki
jajaran terlebih jualan dan secara keseluruhannya dalam tempoh awal tahun hingga kini harga emas telah meningkat sebanyak lebih kurang 20%. Harga komoditi seperti emas dijangka meningkat semula kerana sebelum ini kita sudah menyaksikan peningkatan permintaan fizikal yang cukup kukuh terhadap komoditi itu khususnya dari Asia dan walaupun secara bermusim, ia akan memasuki tempoh permintaan tinggi akhirnya nanti. Untuk jangka panjang, selepas harga emas kembali stabil dan keadaan kembali normal, instrumen pelaburan emas akan kembali meningkat.
Bagi pelabur-pelabur emas dan perak, penyusutan harga sebegini bukanlah bermakna ianya suatu yang merugikan sebaliknya boleh dijadikan masa yang sesuai untuk menambah belian sebelum menjana keuntungan ketika harga emas naik semula kelak. Betul tak?