Di dalam forex, emosi sangat memainkan peranan penting dalam menentukan menang
atau kalah, banyak atau sedikit. Tolong kawal emosi anda di antara loss mahupun profit.
Trader yang bagus hampir tidak menunjukkan emosi mereka semasa trading. Sama ada
mereka profit atau jika mereka loss. Jika mereka dalam keadaan profit, maka ET akan
menutup posisi tersebut, manakala jika mereka rugi, SL akan menutup posisi tersebut. Jangan ada
istilah utk anda membalas dendam (revenge the market) kepada market jika anda dalam
keadaan rugi. Tetapkan jumlah keuntungan / kerugian yang anda boleh terima untuk
sehari. Setelah mencapai sasaran itu, terus keluar dari market, lakukan kajian,
dan kembali semula dengan strartegi baru yang lebih bagus dan mantap. Jangan terburu - buru untuk
mengaut keuntungan mahupun membalas dendam kepada market.

P/S: Sebenarnya ini adalah nasihat untuk diri saya sendiri. Saya tewas pada diri sendiri bukannya pada market.. Hahaha.

Przetłumacz na Angielski Pokaż oryginał