Saya baru diperkenalkan dunia forex oleh seseorang. Banyak yang bermain di fikiran.
sama ada ini adalah jalan yang betul - betul saya ingin lakukan atau sekadar mengikut sahaja apa yang
rakan - rakan lain buat. Dalam erti kata lain saya tiru apa yang orang lain buat.

Saya adalah seorang pekerja dan dalam masa yang sama saya juga ada membuat jualan insuran. Dua kerja dalam satu masa. Dalam dunia insuran memang banyak cabarannya. Kadang - kadang bila kita jumpa potential client tapi pada akhirnya kecewa kerana tidak closed deal. Ada juga client yang sudah menandatangani polisi tetapi tidak membayar polisi seperti yang disyaratkan. Memang banyak halangan.... Mungkin saya terikut - ikut cara orang dengan menyertai bidang insuran dan pendekatan saya gunakan untuk menarik minat clien tidak sesuai dengan saya. Erti kata lain mungkin saya poser.

Terus terang dikatakan tujuan saya menyertai insuran dan komuniti forex ini adalah kerana duit dan kerana duit memaksa saya saya jadi seorang peniru. Ya saya tidak malu untuk mengatakannya.Tiru itu bagus! Bagaimana dengan meniru itu boleh membantu kita? Kenalah kita mempelajari apa yang kita ingin buat. Peniru memang memalukan tapi dalam masa yang sama juga
saya juga terfikir supaya ambil peluang yang ada kerana bagi saya tiru adalah bagus untuk saya memajukan diri.

Dengan mengambil contoh seperti negara Jepun. Pada mulanya mereka membuat pertukaran pelajar
ke negara Amerika dan mempelajari mengenai sesuatu produk dan kemudiannya balik ke negara sendiri dan cuba
memperbaiki dan menambah baikkan sesuatu produk pada satu kos yang lebih rendah. Pada mulanya memang
ada orang mempertikaikan mengenai kualiti dan ketahanan produk mereka, tetapi pada lama kelamaan orang
mula menerima dan wujudlah jenama - jenama besar seperti contoh Honda dan Toyota
(sekadar menyebut beberapa jenama). Dan sekarang negara Korea pula menjadi satu trend setter kepada produk - produk terkini dan kemungkinan negara China akan menyusul dengan produk yang lebih advance dan murah mengikut kehendak semasa.

Jadi apa yang ingin saya katakan di sini adalah saya mesti buat lebih baik daripada yang lain. Saya perlu mempersiapkan diri
dengan ilmu untuk hadapi dunia forex. mesti sentiasa buat lebih baik lagi dari sebelumnya supaya tidak ketinggalan. Orang yang berjaya adalah orang yang cepat belajar dan sentiasa belajar memperbaiki apa yang mereka lakukan.

Translate to English Show original